CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
graphic myspace at Gickr.com

Friday, May 29, 2009

Nubhan @ mStar Online

credit to Mstar
credit to Mstar
Dalam tempoh setahun, Nubhan berjaya melakukan 'tansformasi' yang hebat dalam
dirinya. BERBEZA sungguh melihat 'diri' Nubhan sekarang berbanding mula-mula
dia muncul di persada seni tanahair sebaik memenangi tempat ketiga Akademi
Fantasia musim keenam (AF6) tahun lalu. Sikap pemalu jejaka berusia 23 tahun
ini cukup ketara ketika itu. Malah, ada juga wartawan yang pernah merungut sukar
untuk menemubual Nubhan yang ketika itu masih 'blur' lagi. Namun, itu cerita
lama. Dalam tempoh setahun, penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu dan
Seadanya Aku ini berjaya melakukan 'tansformasi' yang hebat dalam dirinya.
Dia semakin petah berbicara dan bergurau. Penampilan atau imejnya juga sudah
semakin 'matang'.
Dan walaupun wajahnya nampak cukup penat gara-gara jadual yang
padat, tetapi Nubhan sudah bijak 'menutup' kepenatan yang dialaminya secara
profesional.Malah, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini sentiasa mengukir
senyuman tatkala penulis memuji betapa 'berbezanya' Nubhan yang dulu dan
sekarang.
"Ye ke? Memang banyak perkara yang saya pelajari setakat ini. Saya
bersyukur kerana mendapat bimbingan daripada pengurus, Vernon, yang memang
banyak memberi semangat kepada saya untuk sampai ke tahap ini.
"Kalau dulu memang saya memang sangat pemalu dan selalu gementar terutamanya bila ingin buat
persembahan. Tetapi rasanya sekarang ini saya sudah mampu atasinya
perlahan-lahan. "Apapun, saya masih terus berusaha perbaiki lagi kelemahan
diri," ujar Nubhan, dalam nada cukup merendah diri.
Akui anak bongsu daripada lapan beradik ini, karier seninya juga semakin menunjukkan tanda-tanda
positif, namun tutur Nubhan, bukan mudah untuk mempertahankan apa yang dimiliki
ketika ini jika tidak disulam dengan usaha yang tinggi.

"Sejujurnya, memang
susah untuk terus bertahan dalam industri ini jika kita tidak serius. Mungkin
kerana saya memang benar-benar cintakan bidang ini, sebab itu saya curahkan
sehabis baik dalam apa yang saya lakukan.
"Saya seronok sebenarnya bila melihat karier saya sudah mula berganjak ke satu tahap yang baru. Untuk saya berada di tahap ini memang bukan mudah. Saban hari, persaingan semakin banyak.
"Tetapi saya bersyukur, saya masih sibuk dengan aktiviti seni. Ini bermaksud
orang masih ingin melihat saya berada di dalam industri ini," kata Nubhan.
Tutur jejaka ini lagi, pencapaian yang diraih hari ini juga mungkin tidak
dapat diperolehinya tanpa sokongan padu peminat-peminat termasuklah Kelab
Peminat Nubhan (Nubhan FC)
yang kini sudah mencecah bilangan ahli sekitar 4000
orang.
Lebih menggembirakan Nubhan ialah keakrabannya yang terjalin dengan
ahli-ahli kelab peminatnya itu yang sudah dianggap Nubhan sebagai sahabat.
"Macam-macam aktiviti sering mereka adakan. Jika berkesempatan, saya memang
tidak akan lepaskan peluang untuk turut serta. Adakalanya, kami pergi menonton
wayang bersama. Nubhan guna kelebihan berbahasa Mandarin untuk 'pikat'
peminat berbangsa Cina "Tetapi bila bersama mereka, saya tidak pernah
tampilkan 'imej' artis
di hadapan mereka. Memang seronok sangat kerana mereka
juga sering memberikan nasihat yang baik pada saya," kelab peminatnya itu bakal
meraikan ulangtahun pertama penubuhannya.
Album sulung dan lagu bahasa Mandarin
Bercerita tentang perkembangan dunia seninya, dalam nada ceria,
Nubhan berkata, dia kini masih di dalam proses pembikinan album sulungnya yang
berkonsepkan 'modern pop'.
Setakat ini, kata Nubhan, enam buah lagu telah
disiapkan dan antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Sharon
Paul, Ajai dan Tam Spider.
Namun, menariknya, jejaka ini juga akanmerakamkan sebuah lagu Mandarin untuk dimuatkan di dalam album tersebut yangmungkin akan dipasarkan selepas Hari Raya nanti. "Dengan kebolehan saya
bertutur di dalam bahasa Mandarin, saya rasa tidak salah jika saya gunakan 'kelebihan' itu pada cara yang betul."Bagi saya, ini satu langkah yang baik untuk saya perluaskan lagi karier saya dan saya sendiri memang sudah bersedia untuk masuk ke pasaran mereka (Cina)," kata Nubhan yang pernah belajar di
sekolah cina selama lapan tahun. Jadi budak setan! Tatkala karier nyanyiannya semakin memuncak, Nubhan melangkah setapak lagi menerusi percaturan pertamanya di layar perak pula. Ujar penyanyi ini, meskipun tidak mempunyai
pengalaman, dia sanggup mengambil cabaran tersebut kerana ingin melihat karier
seninya tidak statik di takuk biasa saja. Memegang watak sebagai Sapi di
dalam filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan
, Nubhan akui, perasaan
kekok memang tidak dapat disangkal dalam dirinya tatkala pertama kali berada di
set penggambaran filem itu.\
Meskipun memegang watak sampingan sebagai rakan
kepada Budak Setan yang dilakonkan oleh Farid Kamil, kata Nubhan, dia memang
cukup gementar apatah lagi gandingannya itu bukan calang-calang pelakon.
"Walaupun banyak kali juga kena buat semula, tetapi akhirnya saya buat juga
yang terbaik. Lagipun bukan senang nak bawak watak budak yang betul-betul nakal.
"Tetapi ini satu pengalaman baru yang cukup menyeronokkan sebenarnya. Apapun,
lakonan memang memerlukan kesabarang yang tinggi," kata si jejaka tinggi lampai
ini lagi.


Oleh WAHIDA ASRANI
credit to MSTAR online

p/s: thanks to wartawan mStar coz kasi citer ttg nubhan yg positif...jom la ramai2 pi gathering kat hotel times square....alwez support nubhan yeah!!!

0 comments: